"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, November 4, 2009

Apa Jenis Pompuan Nih??

Lately, abah selalu dpt miss call dari seseorang. Hantar sms malam-malam..

Sebenarnya mama malas nak amik pot tapi kalau dah bising bunyi telefon malam-malam buta tu..siapa tak rasa terganggu kan. So wajar kalau mama nak sakit ati. Dah la Tina tu tak leh dengar bunyi-bunyi kalau tido..cepat je dia sedar.

So, mama kesian kat abah jugak. Biasanya dia dah tido..dan terjaga hanya kerana miss call nih. Tengok-tengok hp..tak penting pun. Tido balik. Mcm tu sampai 3 ke 4 kali..kan kesian. Orang penat balik keje, nak rehat-rehat, nak tido..memang tak gheti bahasa tul la pompuan nih.

Abah kata pernah angkat call dia..ingatkan siapa..dia mengaku cikgu tu! Tapi kami rasa dia bukan cikgu la. Mana ada cikgu nak buat menda-menda tak berfaedah ni kan. cikgu kan orang bijak pandai , takdenya nak buang masa buat keje bodoh ni.Yang tak larat tu..Siap ajak jumpa tu.

Malam ni tadi..hantar sms..tanya..'anak dah tido ke?'... eeeiii...apa tu...mama tak pernah buat menda-menda bodoh macam ni so mama rasa pompuan ni teramat bodoh la kalau buat semua ni sebab nak amik perhatian lelaki je..memalukan betul! Ada ke lelaki yg berkenan perangai pompuan macam ni...

Sebab abah dah mengantuk sangat, abah bagi hp kat mama. Suruh mama setting biar pompuan ni call tak berbunyi..hmm...mama dah buat dah. So abah leh tido dengan nyenyak ye..Kan best kalau boleh band terus no. tu dari call abah..

Sori ye pembaca-pembaca sekelian..(hehehe...prasan tul)..luahan perasaan je.Coz mama rasa tak de seorang wife pun yang suka org kacau hubby dia kan. Mama tau la hubby ku itu dijaga dengan sempurna, sampai comel dan sweet macam tu kan..hahaha...kot ye pun hormat la sikit kat wife dia ni ha..jangan buat malu kaum pompuan la...aduhai..belambak lelaki bujang kat luar sana tu..pegi la kacau..yang gi kacau husband aku tu kenapa...??????

5 comments:

CatlinaFly said...

salam kenal..

Lily@MamaZaraZareef said...

ish..tepon jerk tanye org tu terus sha. dpd kite dok wonder sapelaa minah tu kan. at least dpt terus trg bgtau yg kite tak suka ngan perangai die tuh..hee..just my opinionla..=p

Sha@Mama TinaAzra said...

catlinafly - salam kenal

Mama Zara - malas la lily. husband pun wat dono jek tapi part mis call mlm2 tu yg angin tu. Gangguan.. sha tak amik pot sgt coz kita tau la hubby kita kan. kenal bukan sehari dua.Part gangguan tu yg sha paling tak suke..wat org terkejut2 dr tido..tu yg sha marah..

CatlinaFly said...

haha tq for the kunjugan balas..panggil ina aje :) sy link k

Anonymous said...

Salaam Sha,
Nette setuju. mmg tak boleh tahan dgn perempuan mcm ni kan? Mmg dah desperate sgt kut :p

Hopefully perempuan tu takkan berjaya la. Buat dosa je kacau rumahtangga org ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...