"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, November 4, 2009

Cutest Baby Photo Contest - Cutest Baby In Nature

Ini adalah pertama kalinya mama join contest anjuran Mom Bloggers Planet dengan hadiah tajaan dari PhotoBookMalaysia dan Alice Wonders


***************************************

Nama Baby : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

22 Oktober 2007





Gambar ini sebenarnya diambil pada bulan Jun lalu. Ini adalah pertama kali kami membawa Qistina ke pantai. Dan pantai ini pula adalah pantai yang masih belum mempunyai nama dan belum diwartakan. Pantai yang masih kaya dengan ciri-ciri semulajadinya ini terletak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Kira-kira 45 minit perjalanan dari Pantai Teluk Mahkota atau nama lamanya Jason Bay.

Perjalanan ke pantai ini melalui hanya pemandangan pantai dan hutan pantai sahaja. Penuh dengan segala bentuk kehijauan dikiri dan kanan jalan. Rumah-rumah penduduk pula kebanyakannya masih menggunakan atap nipah kerana mereka semua adalah nelayan.

Qistina sebenarnya masih belum biasa dengan bunyi air laut, desiran ombak dan unggas-unggas dipantai. Malahan dia tidak mahu turun dari dukungan sewaktu kami baru sahaja sampai kesini. Hanya selepas beberapa ketika dia mahu menjejakkan kakinya pada pasir pantai.

Kami membawanya ke pantai ini kerana mahu menunjukkan kepadanya keindahan pantai yang sebenar. Ya, mungkin dia masih kecil untuk memahami kepentingan alam semulajadi kepada manusia tetapi sekurang-kurangnya kami mahu dia tahu betapa cantiknya pemandangan air laut, batu-batu dipantai dan hutan-hutan kecil yang masih ada di sekitarnya.

Kami mahu dia menghirup udara segar semulajadi agar minda dan fikirannya turut sihat dan segar. Dan kami amat berharap kunjungan seperti ini akan membuat dia tahu menghargai keindahan alam semulajadi apabila dia besar nanti.

Sewaktu dibawa mencecahkan kaki pada air laut, dia sangat takut. Melihatkan keadaannya begitu kami bawa dia melihat keindahan pasir dan batu-batu ditepian pantai. Satu yang kami suka dengan pantai tidak bernama ini ialah, ia mempunyai koleksi batu-batu dan pasir laut yang sangat cantik dan ianya sentiasa berubah-ubah setiap kali kami mengunjunginya. Dan pada waktu kunjungan kali ini, batu-batu berwarna kelabu keputihan dan batu-batu putih bersih memenuhi pinggir laut. Pada kunjungan lalu, batu-batu hitam berkilat bersinar-sinar disiram cahaya matahari.Qistina dengan selambanya duduk dan bermain batu-batu pantai yang cantik ini.

Lucu pula kami melihatkan wajahnya yang berkerut menahan panas matahari pagi dengan peluh membasahi seluruh kepala dan badan.

Cuma satu yang kami kesalkan, ada sesetangah tetamu yang masih kurang kesedaran tentang kebersihan. Pasir pantai yang cantik memutih ini ada yang dicemari dengan plastik bekas makanan dan botol-botol kosong.

Jika ada yang berkenan mengunjungi pantai yang belum bernama ini, kami dengan senang hati memberikan lebih informasinya. Keindahannya memang layak di kongsi bersama. Hebat sekali ciptaan Allah bukan?

***************************************

Kepada semua blogger, jomlah sertai contest ini! Sila klik pada contest banner untuk informasi lanjut ya!

Tajaan bersama :





3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Hee..contest lagi erk..gud luck Tina..!!

nway, mmg nmpak cantik pantai tuh. dhla tak sesak kan.leh conquer satu family..=p

Sha@Mama TinaAzra said...

Boleh sangat Lily...tak ramai yang tau. Biasanya kita akan jumpa org2 kg dekat2 situ je..

Jom masuk contest ni lily...nak tgk gambar zara lak

Dilla Ady said...

sori kak lama tak menyinggah sini..gud luck eh tuk contest nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...