"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, October 11, 2014

Aktiviti Dalam Kereta

Dia memang addicted dengan buku. Bawak lah dia kemana pun.. tapi kalau nampak book store.. mula la gelisah. Tak dapat pun nak beli dek sebab buku2 yang jual dah ada.. jalan2 tengok pun jadi lah. Itu lah dia ni.. Kedai aci pun jadi je asalkan ada buku.. haih..

Ni aksi dalam kereta, nak pegi skolah agama. Khusyuk la sangat2 dengan buku..
 

Ha ni masa dah bgtau nak amik gambar. Cepat2 letak buku kat tepi. Posing entah hape2 je hihihi..


Sebelum kuar rumah nak gi skolah agama..

Apa yang mama abah usahakan sejak dia kecik nampaknya menjadi. Nak dia suka dengan buku. Pantang nampak buku.. :)

Bila kita nak buat library kat rumah kita ye?
Setting cantik2.. hmmm.. mama berangan hihihi

2 Testimoni Awal QASEH GOLD Adinda & Sole

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Happy sangat-sangat bila dapat feedback daripada customer

This week dapat feedback awal dari 2 orang customer yang consume QASEH GOLD ADINDA & SOLE yang baru je menerima Qaseh Gold masing-masing awal Oktober lalu. Hari ni baru 11 Oktober kan..

Ok.. mama dah edit ye feedback tu. Ayatnya memang ayat customer tapi nama & siapa dia dirahsiakan. Kalau dia baca.. dia tahulah itu testimoni dia ;)

Ini Yang pertama mama dapat..


Customer pertama ini ada masalah PCOS.. apa tu?
Polycystic ovary syndrome (PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS) 
merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan
 
Since Qaseh Gold bukan ubat, dia berhasrat mencuba. Ini testimoni awal dia kerana dia mengambil Qaseh Gold Adinda & Sole bersama..
 
Kita tunggu testimoni selanjutnya dari dia ye.. Insya Allah :)
 
 
Ini yang ke-2, baru dapat pagi tadi. Customer ini pun ambil set Qaseh Gold Adinda & Sole, set lengkap wanita. Dan dia baru sahaja menerima parcelnya 4 Oktober 2014 yang lalu..
 
 
Customer ini ada masalah cyst & fibroid yang telah disahkan oleh doktor. Dan doktor mencadangkan operation dijalankan untuk membuang. Tapi dia minta tempoh untuk cari alternatif. Dan Qaseh Gold Adinda & Sole menarik perhatian dia.. alhamdulillah

Baru seminggu lah macam tu dia consume kan.. alhamdulillah lah.. ada nampak sedikit perubahan. Bagi kita sikit tapi bagi dia, perubahan macam ni besar & melegakan..

Saya doakan anda berdua berjaya mengatasi masalah kewanitaan dengan berkat pengambilan amalan pemakanan sunnah.

Semuanya hanya dengan izin dari Allah. 

** happy**
** Alhamdulillah**



Monday, October 6, 2014

Update : Perkembangan Diabetis Abah dengan SOLE

 Lama dah tak update tentang diabetis abah kan.. Last update about abah adalah pada 16 June 2014 .

Actually tiap-tiap bulan check kadar gula dia. Sebab dah beli ACCU CHECK  tu kan. So.. once a month memang akan pantau. Dari situ kami akan tahu makanan mana yang sesuai, yang mana tidak, yang mana paling cepat naikkan gula abah..macam-macam lah.

On september, once mama jadi Rakan Niaga Qaseh.. mama mintak abah & mak cuba SOLE. Believe me diorang ni tak banyak tanya pun. Just bagitau apa gunanya SOLE, macam mana nak consume, then bagi je baca kertas SOLE tu. 


Yang mana penerangan terperinci tentang SOLE ni ada kat post sebelum ni. 

Kalau tak silap dalam 6hb september macam tu abah mak start berSOLE. Alhamdulillah memang abah kata takde rasa yang pelik2 sepanjang berSOLE. Rasa macam biasa je katanya. Hmm.. ok lah tu kan. Then we decide yang sebelum aidil adha nanti baru check semula. Means ngam-ngam sebulan abah amalkan SOLE.

Ingat tak mama pernah kata nak snapkan semua catatan gula abah? Ok.. post ini baru berkesempatan (dibaca sebagai..baru ingat..) huhu.. nak snap gambar itu.

Bulan ini abah kurangkan ambil habbatussauda. Ambil pun hanya seminggu sekali atau 2 kali je. Itu pun kuantitinya hanya sedikit.

Beras masih beras Faiza Herba Tajmahal ye. Abah memang takkan makan nasi dari beras lain.

Ulam pucuk betik adalah setiap hari. Sehari sehelai. Bukan setiap kali makan sehelai tau.. sehari sehelai je. Yang ini memang abah sendiri atur begitu. Dan dia dah lali sangat2 makan pucuk betik ni.

Cuka kurma dari Iran tu masih minum jugak.

Tambahan Mineral SOLE je untuk untuk september. Dalam leaflet tulis 1.5L dengan 5ml SOLE tapi abah kata tak sedap. Terasa sangat garam. Jadi abah campur 3L air biasa dengan 5ml SOLE. Kalau mineral pot pun abah tetap campur 5ml jugak. Sebab yang penting adalah kekarapan minum.. bukan kepekatannya ye.

Dan meh kita tengok.. catatan yang mama buat untuk abah setiap bulan..



Adatlah kan.. kejap naik sekejap turun. Dan kerana catitan ini kami tahu banyak hal tentang diabetis abah. Sangat susah nak kawal diabetis. Tengok je lah catitan tu.. 12, 13, 14.. bawah 15 tu lega dah sebab asalnya adalah 28++

Tapi dengan pengambilan supplement & pemakanan diatas tu, ditambah dengan SOLE.. diabetis abah turun ke paras normal dalam masa sebulan. Sungguh tak percaya.. tapi yes.. itu memang benar berlaku.

Nampak kegembiraan & kepuasan diwajah abah sebab selama ni dia memujuk hati dengan.. " dapat bawah 15 tu pun dah ok lah.." tapi memang kali ni 5.7 perghhh... rasa nak lompat bintang kat situ jugak. 

Bagitau kat abah, nanti share2lah cerita dengan teman-teman masjid dia yang alami diabetis jugak. Manalah tahu mereka nak mencuba... :) 

Tapi bila kata beras tajmahal tu mahal..tak mampu.. aduh.. susah lah..Pesakit diabetis ni beras tu benda pertama perlu tukar.. then we go for other supplements.

Ok lah.. banyak perkongsian dah hari ni ..

Kalau ada yang berkenan nak mencuba SOLE atau pun mana-mana PRODUK QASEH.. bolehlah cari mama ye..




SMS/ Call : 017-2189100
FB: sha mama tina (Qees Collection)

Tuesday, September 30, 2014

Khasiat SOLE, Pati Kristal Garam Himalaya Dari Ana Edar

 
 
Khasiat SOLE 
 
qaseh qold Kristal sole membantu : 
  •  hilangkan toksik dlm badan 
  • baik utk pesakit 4 serangkai, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang & jantung 
  • baik utk hilangkan protein berlebihan utk pesakit sle 
  • membantu kecutkan cyst
  •  hilangkan penyakit ghout 
  • bantu kurangkan kolesterol dlm badan 
  • bantu utk dapatkan zuriat 
  • bantu merawat kencing kotor 
  • bantu melancarkan peredaran darah,urat saraf dan hormon
 
 
 
 
Garam Himalaya merupakan Garam TERBAIK didunia..
 
Mengandungi 84 jenis mineral yang diperlukan tubuh.. 
  • Mempunyai 84 jeis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa. 
  • Mengimbangkan tekanan darah. (Selamat untuk pengidap darah tinggi) 
  • Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan. 
  • Menguatkan struktur tulang (kalsium). 
  • Kardiovaskular. Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang 
  • Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman 
  • Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah 
  • Menganjalkan saluran darah 
  • Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah 
  • Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang 
  • Melaraskan kelancaran sistem saraf 
  • Membantu pembaharuan semula sel-sel 
  • Membantu pergerakan otot- otot usus 
  • Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna 
  • Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral 
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna 
  • Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit 
  • Membantu menguatkan tenaga batin 
 
 
 
 
SOLE adalah satu produk yang sangat baik untuk mengimbangi faktor pH badan anda. 
 
SOLE juga boleh menyingkirkan logam berat seperti plumbum, merkuri, arsenik dan amalgam melalui pemecahan struktur molekul bahan tersebut.
 
Dengan gabungan unik mineral ionik yang terdapat di dalam  SOLE, timbunan protein haiwan yang tidak terurai (asid urik) dapat disingkirkan melalui air kencing. 
 
SOLE mampu membekalkan badan dengan tenaga daripada gabungan 84 mineral ionik penting. Frekuensi yang terkandung di dalam 
 
SOLE boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam tubuh. 
 
SOLE boleh menyelaraskan keseimbangan alkali/keasidan dalam badan (faktor pH) dan menyeimbangkan tekanan darah. 
 
SOLE boleh menyah dan menghapus mendapan yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit sendi seperti arthritis dan gout, kerosakan buah pinggang, pembentukan batu pundi hempedu dan batu karang. 
 
SOLE boleh mengurangkan rasa ketagihan (gula, rokok dan dadah). 
 
SOLE boleh membantu mengatasi penyakit kulit melalui proses perkumuhan dari dalam tubuh apabila diminum dan ia juga membantu apabila digunakan secara luaran (disapu). Faedah kepada kesihatan Rumusan Kajian : University Graz, Austria 2001 & Fenestra Laboratories, USA 2007 Pediatrik (Penjagaan Kanak-kanak) 
 
Membantu penyerapan nutrien, menggalakkan tumbesaran dan perkembangan tubuh dan otak yang optimum. 
 
Dematologi (Penjagaan Kulit) Kandungan mineral yang seimbang membantu pembentukan kolagen yang optimum. 
 
Pergigian Membantu menguatkan gusi dan mengimbangkan pH mulut yang sesuai dan membantu pembiakan bakteria mulut yang sihat. Sistem Pernafasan Mengekalkan fungsi pernafasan yang normal. 
 
Neurologi (Penjagaan Sistem Saraf) Menyokong fungsi otak dan perkembangan neuron. 
 
Sistem Gastrousus Memulihkan pH usus dan menggalakkan metabolisma asid amino. 
 
Pranatal Menyokong perkembangan fetus. 
 
Ginekologi Melaraskan fungsi glandular yang optimum, kesihatan vaginal dan kitaran haid yang normal. 
 
Sistem Endokrin Membantu penghasilan hormon yang optimum dengan kehadiran mineral dan asid amino bioketersediaan
 



 
Antara Testimoni :
 
 
 
SOLE buat penghidap diabetis
 

Ini khas buat korang yang tertanya-tanya, apakah kebaikan SOLE. Saaaannggaaatttt banyak.. tak terhafal kalau nak bagitau satu-satu..

So, apalagi.. satu rumah satu SOLE
Jom!





Monday, September 29, 2014

Mini Photobook ke- 7

 Mama dah berphotobook sejakawal tahun ini rasanya. Dan hari ini photobook ke 7 selamat tiba :)



Mini photobook kali ini adalah photobook gambar-gambar baby sweetheart mama abah. Gambar baby dia banyak sangat2 sebenarnya tapi waktu PC rosak dulu.. banyak gambar dah hilang begitu je. Nasib baik blog ada. Dapatlah beberapa gambar..

Jom tengok sket gambar-gambar dia :)








Ok ..cukup..cukup

Sweetheart pun teruja tengok semua gambar-gambar ni. Riuh mulut tanya itu dan ini. 

Mama ada 4 ke 5 photobook lagi nak disiapkan. Owh idea.. datanglah dikau :)

Tunggu photobook berikutnya ..weee...

Saturday, September 27, 2014

"Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!"

Ok.. Join GA jom


http://jindrisska.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-me.html

Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  •  
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  •  
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  •  
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

Hadiah dia..



Senarai hadiah untuk dimenangi:
  • Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  • Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  • Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014



3. Nad


GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)

Friday, September 26, 2014

Resepi Rahsia Buat Ibu Menyusu

Jumpa resepi ini dalam FB The Mother Secret
jangan marah ye admin page.. kalau tak ambil resepi ni nanti lupa ..

Makanya mama nak share kat blog ini supaya senang nak cari semula nanti. Sebenarnya resepi ni bukan hanya bagus untuk ibu menyusu.. yang berTTC pun sangat sesuai amalkan

================
BAHAN-BAHANNYA:
================
1 kotak besar fresh milk
(boleh ganti dengan susu kambing)
7 biji kurma bersaiz sederhana
(Buang biji)
7 biji roasted almond
7 biji kismis
Satu sudu kecil madu



=============
CARA-CARANYA:
=============
Masukkan semua bahan ini kedalam blender dan kisar hingga kurma,almond dan kismis halus dan larut dalam susu.

Bila dah larut,tuangkan dalam jag dan sedia untuk diminum.
Kalau nak lagi sedap boleh tambah ais batu tp jangan banyak sangat takut cair nanti.

Minuman ini boleh disimpan dalam peti ais dan tahan sehingga 2 hari..


There, senang je kan..

Dan kalau itu pun susah nak buat, Marilah amalkan QASEH GOLD ADINDA + SOLE yang didalamnya terkandung bahan-bahan diatas ni jugak. Tapi dalam bentuk yang lebih senang & lebih sedap nak consume :)



Sempat.. hihi

Sunday, September 21, 2014

Beras Herba Taj Mahal..


Semenjak abah disahkan diabetis awal tahun ini, kami tukarkan beras kat rumah mak abah kepada beras ini. Taj Mahal herba. Bukan apa, satu dunia tau dah diabetis takde ubat. Kene jaga pemakanan. So oleh kerana abah adalah penggemar nasi, makanya lebih sihat jika dia makan beras ini. Banyak mana nak makan..ha makanlah.. :)

Jadi oleh kerana itu tekak kami pun dah terbiasa dah dengan beras ini. Dah rasa sedap makan beras ini. Kata orang beras ni mahal.. huhu.. beli kereta dengan henpon lagi mahal ko..

Beras ni ada masa dia murah. Yang dalam gambar ni beli kat Tesco aritu.. murah RM29.99 tak silap. Sambar 2 sekaligus untuk abah mak..

Jadinya kat dapo umah pun mesti ada beras ni. Sebab bila abah mak datang sini, semua keperluan dia ada je.. macam kat rumah jugak. Bila teringin, mama masak juga. Sedap :)

One day, nak bertukar kepada beras sihat ini juga sepenuhnya. Sebab my sweetheart pun dah terbiasa makan beras ini dah. No hal punya. Dia tak komplen :)

Korang dah try?
Sedap..
Tapi masaknya kene lebihkan air. Dan ia takkan lembik.. haaaa.. magic kan..hihi

Sedap..sedap..sedap..
:)

Saturday, September 20, 2014

"Menjala" Untuk Sarapan

Sabtu.. hari terakhir cuti sekolah kali ini. Esok dah mula sekolah dah ..huhu.. maka bermulalah tugas mama kembali :)

So, sebab ia sabtu maka dah pujuk-pujuk abah cuci & vacumkan dalam kereta..hihi aritu gi Tanjung Buluh..pasir banyak woo dalam baby alja..hukhuk.. sakit mato.

Jadi sebagai gula-gulanya, mama buatkan roti jala untuk makan dengan kari ayam kentang for breakfast. Aci lah kan... :)


Ni versi roti jala guna kuali biasa je tau. Ai tak ada non stick yu.. dah rosak non stick feature dia huhu.. Janji dia ada rupa jala lah kan.. ok je.. sedap :)


Ni roti jala lengkap dengan kekasih hatinya :) kari ayam kentang yang mabeles.. semalam punya . Heaven giler. Sebab kalau beli.. karinya selalu je tak menepati citarasa.. sampai2 selera mati gitu jek. Bila buat sendiri.. ha.. sedap nyaman kat tekak. Boleh makan banyak mana nak..

Ini pulak satisfaction yang sungguh tak dapat nak dibeli kat mana-mana ceruk dalam dunia ni.. sweetheart yang sangat berselera makan. Bertambah-tambah.. menghirup kari lagi ha..huhu.. sedap sangat la nak ye..

Dan secara ringkasnya.. lengkap sudah acara bersarapan pagi sabtu. Tengahari tak tau lagi apa cerita sebab rasanya mcm nak keluar gi umah MIL hantarkan cuka kurma untuknya. Tak ku dengar dia kata cuka kurma dah habis..huhu.. sori mak..

Roti jala, kari ayam kentang & kopi O untuk pagi sabtu..mabeles kan..


Ini resepi Roti Jala versi sabtu..

Roti Jala
  2 cawan tepung gandum
2 cawan + 5 Sudu Besar air ( * pekat sgt korang adjust lah sket lagi air dia..)
1 biji telur
4 Sudu Besar Minyak Masak
  2 Sudu Besar Susu Pekat Manis- yang ni sendiri pandai2 letak ganti susu segar & gula)
pewarna kuning
sedikit garam
Cara:
Bancuh je semuanya kemudian tapis & ready untuk dijala
 
Versi yang lain kat SINI

Ok lah.. Salam sabtu :)

Wednesday, September 17, 2014

Eksotika Pesona - Lipstick 05

LIPSTICK 05 yang boleh dibawa bersolat 
 BEBAS BAHAN KIMIA
BEBAS PARABEN






Berminat?
PM di FB : Sha MamaTina ( Qees Collection)
SMS / Call : 017-2189100
Email : shasham3932@yahoo.com.my

Friday, September 12, 2014

Baru ni.. RINDU QOQO

Musim mood post pasal produk.. tak kisahlah. Mama just nak share apa yang ada ni je. Ok bagi yang mencari alternatif sihat kepada milo, Ana Edar ada keluarkan produk MINUMAN KESIHATAN baru ni.. namanya class ko..

RINDU QOQO
Minuman pracampuran koko asli dengan stevia & kurma


Ini lah dia RINDU QOQO STEVIA

PERTAMA DAN SATU-SATUNYA MINUMAN COKLAT DENGAN STEVIA

Paling lazat & paling sihat. Tanpa gula tambahan

Tanpa perisa
Tanpa pengawet
Tanpa perisa tiruan

STEVIA tu apa sebenarnya? 

Stevia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai “POKOK GULA”. Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA, bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkanboleh menggantikan gula.

Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Berasal dari Paraguay, ia telah mula digunakan sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis minuman dan makanan.

 pokok stevia

Stevia juga digunakan sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, menguatkan otot organ hati, anti bakteria, anti penyakit kulat, anti virus dan merawat luka terbakar.
Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid, boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetes
 
KELEBIHAN STEVIA
  1. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  2. Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
  3. Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
  4. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
  5. Membantu menurunkan tekanan darah.
  6. Membantu sistem penghadaman badan.
  7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  8. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
  9. Melawaskan pembuangan air kecil.
  10.  Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
 
So, stevia ni memang "gula sihat"
 

 
Rupanya serbuk RINDU QOQO?


Ok.. alternatif minuman sihat dan produk 100% muslim
halalan toyyiban..

Meh nak kabo..

Berat Bersih : 600g
Harga : RM22.00 ( per bottle) tidak termasuk kos postage

Berminat?
Cari mama :)
SMS / Call
017-2189100


"SIHAT ITU JIHAD"

Tuesday, September 9, 2014

Brokoli & Carrot Putih Sos Tiram

This is one of her fevret. Yang terbaru :)

Bukan susah pun nak buat. Senang..sekejap je


Bahan:

Brokoli
Carrot putih
* sayur apa nak masuk pun boleh je cth carrot, kentang, kobis, bunga kobis, capsicum, tomato.. apa sajalah..

Bawang putih
Bawang besar
serbuk lada putih
serbuk lada hitam
kiub pati ayam( 1 buku kiub belah 4)
Sos Tiram

Pekatkan kuah :
bancuh tepung jagung sesudu dengan air suam


Cara:

1. potong-potong brokoli & carrot putih iku citarasa anda. Nak bentuk cecomel pun tak kisah punya kalau anda rajin

2. Celur brokoli anda & kemudian rendam sekejap dengan air peti sejuk. Tapis keringkan

3. Bawang putih & bawang besar dipotong dadu halus dan di tumis sampai wangi.

4. Bila dah wangi, masukkan sdikit serbuk lada putih & serbuk lada hitam dan sedikit kiub ayam. Sedikit sahaja je. 

5. Masukkan sos tiram dan sedikit air dan masukkan carrot putih. Biar carrot masak dengan kuah sos tiram

6. Masukkan brokoli dan kacau rata

7. Rasa dulu kuah, kalau ada yang kurang boleh tambah garam ke gula sket. Kalau dah ok tak perlu dah

8. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacar rata & boleh tutup api

Tadaaa... siap :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...